Rabu, 18 November 2009

Selamat Pagi..

Lepas breakfast, tibe2 je teringat nak bukak blog..lagi seminggu nak balik kampung, rindunyer..mcm2 yang aku rindu...masakan kelantan especially..semalam sempat tel mak..mak bgtau, sepupu aku akan tunang raya haji ni..hujung bulan 12 plak, adik lelaki dia..wah...nampaknya tahun depan, tahun kenduri la..hehehehe..gosip mengatakan sepupuku akan kahwin bulan 3 tahun depan..adik lelaki dia pun sama jgak..erm..aku pun plan tahun depan gak..tp tak conform lg bulan brape..yang confirm setakat ni, merisik dan meminang bulan 2 tahun depan...tarikh?rahsia...huhuhu..ape yang pasti, semuanya sederhana saja...tak adala majlis besar-besaran..insyaallah, bulan 12 nanti baru start buat persiapan untuk bulan 2 nanti..tak adala banyak sangat yang nak kena buat..first, nak kena tau tema dl colour ape..itu pun nak pening kepala nak fikir..kalau aku ni cun dan putih macam nora danish tak pe gak..warna ape pun, mesti nampak cantik jer...masalahnya kulit ku sawa matang..jd, perlu berhati2 sikit dalam memilih warna..apepun, aku harapkan semuanya yang terbaik...baik itu datang dariNya dan yang buruk itu datang dariku sendiri..

Selasa, 27 Oktober 2009

Sekadar Untuk Dikongsi Bersama...

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.Begitulah juga ..........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu......
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang Lain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Isnin, 17 Ogos 2009

Langit Tak Semestinya Sentiasa Cerah

Begitulah juga hidup kita....Tak semestinya sentiasa cerah..Kadang2 datang hujan dugaan dan ribut kekusutan...Begitulah juga aku,seorang hamba Allah yang sentiasa diduga dan diuji...Hati ini kadang2 hampir mengalah dan tersungkur...Tidak ku sedar yang di belakangku masih ada cahaya-cahaya kekuatan...Alhamdulillah, akhirnya ku sedar...Dan kini, aku mampu berdiri kembali bersama cahaya-cahaya kekuatanku...
Tutup buku lama...Jom, kita bukak buku baru....
hehehehehe
Terima kasih cahaya-cahaya kekuatanku....

Jumaat, 14 Ogos 2009

Dugaan..

Dari mana nak mula pun tak tau dah...hehe..Setakat ni alhamdulillah,bleh di kira settle..Personel, keje..Ape yang pasti di saat ini dah bleh menghela nafas lega,smua dugaan5 ini semakin berlalu ...Tp tumit plak tak brape sihat...Its okay...Asalkan jari jemari ni sihat dan dapatla post blog buat pertama kalinyer...

Bermula tgh hari semalam...Tak taula knp, insiden ni tibe2 jer berlaku...Aku sendiri pun tak faham..Yang pasti insiden ni menyebabkan aku perlu belanjakan duit...Fuhh..Duit lg ker...Raya dah tak lama, baru jer nak motivasikan diri saving untuk raya...Pening punyer pening, lastly aku sedar tak ada maknanye pening..Yg penting, bt keputusan yg bijak...Yupp,dgn nekad aku buat keputusan biarpun terpaksa pakai duit tp untuk jangka masa panjang, insyaallah berbaloi...Aku dgn Labu pun dh ok...hehehehe aku dah tak merajuk dah..

Hari ni byk skit kerja...Dah lama tak terlibat dgn keje2 mcmni...Ada lawatan dari delegasi negara Iran..Wlaupun ada sedikit sebanyak yg kurang,totally bleh dikira ok...Ape yg penting, belajar dari pengalaman....Sekarang sambil duk tekan2 keyboard,sambil duk jeling2 katalog avon...hehehe...Teringin plak nak mkn jagung rebus...jagung rebus, tunggula kedatanganku...hahahhahaha...(^o^)