Khamis, 17 November 2011

"Reda Anak Dijemput Tuhan"

Menitis air mata ku sebak bila membaca utusan malaysia hari ni..Puan Shamsinar Jauhari ibu kepada Nur Najatul Syifa berusia setahun 10 bulan yang mempunyai masalah jantung tidak normal..ibu tunggal ini dengan tenang memberitahu yang dia sudah bersedia sekiranya Tuhan ingin mengambil nyawa anaknya pada bila-bila masa..pasti hatinya sedih, namun dari melihat anaknya terus menderita, si ibu reda anaknya dijemput Tuhan..Ya Allah...sekali lagi air mataku menitis..terus fikiranku tersentap, kerana aku juga punye anak kecil..aku seakan turut merasai peritnya dugaan yang dilalui oleh Pn. Shamsinar..

Bertambah sayu hati, Syifa cuba untuk mententeramkan ibunya yang menitis air mata sedih..memeluk dan mengesat air mata ibunya..seakan mengerti kesedihan hati ibunya dan tidak mahu ibunya menangis kerana dirinya...

Semoga kamu sentiasa dalam perlindunganNya..amin..

4 ulasan:

  1. al-fatihah utk adik syifa..rasenyer ade bace kisah ni dalam majalah Pa & Ma..tak ingat bulan brape..

    BalasPadam
  2. tetiba sebak...sesungguhnya Dia Maha Mengetahui...

    BalasPadam
  3. Allhamdulilah dah 10thun syifa bertahan..

    BalasPadam